Tuesday, August 16, 2016

Rio 2016: Beregu Campuran Badminton Mencipta Sejarah Berjaya Masuk Ke Final


RIO DE JANEIRO : Malaysia telah mengesahkan sekurang-kurangnya pingat perak dalam badminton apabila beregu campuran Chan Peng Soon- Goh Liu Ying (ranking 11) layak ke perlawanan akhir di Rio Sukan Olimpik, di sini , Isnin .

Pasangan Malaysia mengalahkan Xu Chen- Ma Jin (ranking 6) dari China, 21-12, 21-19 dalam perlawanan separuh akhir.

Pasukan Malaysia akan turun bertarung dengan Indonesia Tontowi Ahmad- Liliyana Natsir (ranking 3) dalam perlawanan akhir pada Rabu ini.

Indonesia menewaskan pilihan utama Zhang Nan- Zhao Yunlei (ranking 1) , 21-16, 21-15 pada separuh akhir lain

No comments:

Post a Comment